Padah menimpa angkara kekhilafan diri dalam melakukan percaturan,
Bunga yang dulu dipetik kini di campak kesepian,
Setelah sekian lama meninggalkan bunga itu,
Kini baru ku sedar bunga itu harum dan mekar,
Namun adakah bunga itu mampu ku kutip kembali?
Adakah bunga itu mampu mekar dan harum seperti sebelumnya?
Tidak mustahil bagiku!!
Kerana bunga itu bukannya bunga yang berkuntum dipokok,
ianya bunga yang berkuntum didalam hati,
Tetapi andai mahu biar bunga itu kembali berputik,
Aku hanya mahukan satu,
Suatu perkara yang bisa membantu ku,
Aku hanya mahukan peluang,
Peluang yang bisa aku mekarkan bunga,
Aku tahu luka lama tetap ada,
Kisah lama menjadi memori,
Namun kurang tidak ku cuba ciptakan satu bahagia,
Maafkan aku wahai sayang.
No comments:
Post a Comment