Wednesday, 5 February 2014
Bukan Cemburu
disangkanya menjadi kegilaan,
hebat dalam perbualan,
bicara sahaja mampu mencairkan hati,
lagak gayamu seperti menteri,
gadis diluar sana mahu jadikan kekasih,
angkuhnya ditolak disangka tidak menepati ciri,
hanya yang cantik dipandang mata,
sudah berjumpa dijadikan yang pertama,
ada yang lain boleh tahan orangnya dijadikan yang kedua,
mahukan kedua-duanya kerana sayang menjadi jawapannya,
terpaksa memilih hanyalah satu,
tetapi tidak kerana kedua-duanya mahu,
dikata tamak darah naik ibarat peluru,
hanya nasihat bukan cemburu,
jaga-jaga nanti yang dikejar tak dapat,
yang dikendong pula berciciran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment