sebelum enjin dihidupkan, aku mahukan cabaran kau ucapkan,
Pada mula perjalanan, senyum dibibir tanda bisa merempuh halangan,
Namun, tiba mati di tengah jalan, ragam situa menjadi ancaman,
Kau mula memikirkan pertolongan kerana tidak mahu bersendirian,
Berhenti dia itu cuba membantu andai ada kebolehan,
Ditumpangnya sehingga persimpangan, berhenti disitu di tengah jalan,
Buntu di akal kerana dua simpang menjadi persoalan,
Takut kini punya pilihan menjadi kelak punya kekesalan,
Adakah mahu membuat pilihan atau masih mahu merayu bantuan?
Punya hanya dua jawapan tidak pada statik di persimpangan.
Jalan yang mana menjadi pilihan?
Andai kau mengerti jalan apa yang aku maksudkan.
shashuk 2014
Friday, 14 February 2014
Wednesday, 5 February 2014
Bukan Cemburu
disangkanya menjadi kegilaan,
hebat dalam perbualan,
bicara sahaja mampu mencairkan hati,
lagak gayamu seperti menteri,
gadis diluar sana mahu jadikan kekasih,
angkuhnya ditolak disangka tidak menepati ciri,
hanya yang cantik dipandang mata,
sudah berjumpa dijadikan yang pertama,
ada yang lain boleh tahan orangnya dijadikan yang kedua,
mahukan kedua-duanya kerana sayang menjadi jawapannya,
terpaksa memilih hanyalah satu,
tetapi tidak kerana kedua-duanya mahu,
dikata tamak darah naik ibarat peluru,
hanya nasihat bukan cemburu,
jaga-jaga nanti yang dikejar tak dapat,
yang dikendong pula berciciran.
Tuesday, 4 February 2014
Korban
Berkata benarlah walaupun pahit untuk diluahkan,
Benarkah?
Ada betulnya namun perlu diukur pada situasi,
Kadangkala, bukan bohong yang dimaksudkan,
Namun cuma tidak berkata-kata ,
Demi menjaga hati kedua, ketiga dan seterusnya,
biar di sini menderita, agar disana bahagia.
Bukankah itu satu pengorbanan?
Barangkali, namun ada yang memahami? mengerti? mengetahui?
Barangkali ya, namun banyaknya tidak.
Dan itu perlu diwartakan sebagai kasih sayang......
Subscribe to:
Comments (Atom)