Sunday, 13 March 2016
Wednesday, 9 March 2016
Perlukah Aku Merebut Cinta dari Dia??
Sekilas pandangan hati terus tertawan,
namun apakan daya, dia sudah milik orang,
perlukah aku hancurkan sebuah perhubungan?
Kerana cintaku kepadanya? atau kerana kepentingan aku sendiri?
Dari pandangan saya, cinta ni sesuatu yang subjektif. Ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki, semuanya di tangan Allah S.W.T.
Walau tengah didepan kadi sebelum akad
nikah pun kita belum pasti, adakah bakal
pasangan kita itu betul-betul jodoh kita
ataupun tidak.
Berbalik kepada persoalan tadi, apabila kita mencintai seseorang yang mungkin sudah
mempunyai kekasih atau bakal pasangan
sehidup semati, atau tunang, menjadi satu
persoalan yang mungkin rumit bagi sesetengah orang.
Tapi dari pandangan saya, cinta dan kasih bukanlah bermaksud memiliki. Kadang kala cinta dan kasih yang diluahkan itu bukanlah cinta yang ikhlas untuk menerimanya seadanya. Mungkin hanya suka apabila melihat kecantikan atau kekayaannya sahaja tanpa melihat dan menilai kelemahan yang ada pada seseorang itu. Kita perlu rela melepaskan sebelum kita menyesal kehilangan. Kita yakin dia jodoh kita, namun mungkin dia jodoh kepada orang lain. Jadi, bagi saya tidak perlu lah untuk menghancurkan sesebuah perhubungan yang sah yang bakal terjalin, lebih baik melihat kebahagian dia walaupun bukan bersama kita. Andai dia jodoh untuk mu, InsyaAllah akan tiba jua. Yang penting berdoa untuk yang terbaik bagi diri sendiri dan sidia, dan hilangkanlah rasa hasad dengki dan iri hati.
" Sedang menikmati siang yang indah, tiba-tiba hujan datang, laluku bertanya mengapa? Rupa-rupanya Tuhan ingin berikan pelangi kepada ku" diolah dari petikan asal Hamka.
Subscribe to:
Comments (Atom)